1

Kekasih Aku Pisau Cukur

Saya tidak pasti sama ada ingin meneruskan hubungan dengan kekasih saya, A kerana sikapnya yang ‘high mantainance’. Dia sering memaksa saya membelikan pelbagai barangan seperti beg dan kasut yang kadangkala tidak masuk akal harganya. Saya pernah menegur sikapnya yang gemar barangan berjenama kerana ia boleh membebankan saya. Namun, dia hanya memekakkan telinga dan merajuk panjang.