
Cinta dan Airmata...
Februari datang lagi...yay..!!!!! Ramai yang menganggap
bahawa bulan ini adalah bulan yang paling sesuai untuk kita menunjukkan
rasa cinta dan sayang pada insan yang bergelar kekasih. Secara umumnya,
seluruh dunia melihat bulan Februari sebagai "Bulan Cinta"...
Kalau
dah bernikah, Ya Allah, indahnya... Nak buat apa pun tak ada orang nak
marah. Nak peluk ke, nak lepak tepi pantai ke, nak buat macam2 la dengan
pasangan kita pun tak apa... Allah tak murka kerana hubungan kita
adalah hubungan yang di halalkan oleh agama.
~~Bulan
itu... bulan cinta~~~ Bulan itu...bulan kita..~~~ tetiba lagu ni
bermain di fikiran aku pula kan...hehehe..... Macam-macam cara lah yang
manusia seluruh dunia ni lakukan untuk menunjukkan rasa cinta mereka
pada pasangan masing-masing kan... Bagi yang belum couple, ada yang
memilih bulan ini untuk meluahkan perasaan pada si dia kan... Jadi
memang tak di sangkal lagi lah, bulan Februari adalah bulan dimana
penjual bunga, terutamanya bunga ROS MERAH, mencatat keuntungan paling
tinggi... Coklat juga mendapat permintaan yang tinggi di pasaran
semata-mata untuk menyambut... BULAN CINTA... 
Aku pula secara jujurnya, tak pernah pun sambut bulan cinta ni
hehehe.. Selalunya aku tengok berita, tak pun baca surat khabar tentang
bagaimana orang barat meraikan bulan cinta di tempat mereka..
Aku
sebenarnya tak tertarik dengan sambutan bulan cinta ni, tetapi apa yang
lebih menarik minat aku ialah kreativiti orang barat dalam meluahkan
perasaan mereka. Bukan aku nak kata orang timur tak tahu buat macam tu..
Tapi orang barat ni berani meluahkan perasaan mereka di khalayak ramai.
Mereka berani menyatakan cinta mereka agar satu dunia tahu yang mereka
menyintai pasangan mereka. http://www.megadeth.com/mp3player
Aku tak juga
salahkan orang kita... Kita yang hidup di timur ni, terutamanya
masyarakat Malaysia mempunyai adab yang kita perlu jaga. Kita tak boleh
buat macam yang orang barat buat kerana kita terikat dengan norma yang
perlu kita banggakan. Kita seharusnya perlu bangga kerana kita sejak
lahir lagi di tanam dengan sikap-sikap yang mampu menjaga maruah diri
dan keluarga.
Tapi tak semestinya kita tak
boleh meluahkan perasaan dengan cara yang unik. Bagi yang belum kahwin,
cara terbaik yang boleh di lakukan oleh seorang lelaki itu apabila dia
menyukai seorang perempuan ialah menyatakan hasrat ingin menikahi
perempuan itu pada keluarganya dan juga keluarga si perempuan. Be a
gentleman... Adalah lebih baik kita berbuat demikian bagi mengelakkan
maksiat. Kalau rasa nak buat kejutan atau tunjukkan rasa cinta pada
pasangan kita, adalah lebih afdal apabila kita telah bernikah..
![]() | ||||||
Okeylah, ini nak bercerita lagi tentang penulisan. Lebih tepat ialah tentang karya. Sebagai penulis, karya-karya kita merupakan 'buah hati' kita juga. Semuanya kita sayang. Macam beranaklah, mana ada anak kita yang kita tak sayang, kan? Tapi bagi orang lain, tak semestinya suka apa sahaja yang kita tulis. Biasalah tu, kan, kerana masing-masinga ada cita rasa masing-masing. Ada tu, terus tak suka pun baca karya kita. Ada tu, tak mahu mencuba kerana dia sudah buat andaiannya sendiri. Tak apalah tu, sebab itu juga hak masing-masing. Lagipun, duit pembaca, kan? Karya mana yang dia nak beli, ikut suka hati dialah.
Tetapi sebagai penulis ni, kadang-kadang inilah yang boleh menaikkan semangat untuk menulis lagi. Bila kita mendapat 'feedback' daripada pembaca dan mengatakan karya kita tu 'bagus'. Syukran, mungkin itulah ucapan kita. Berasa bangga kerana penat lelah kita itu berbaloi. Tetapi bagi saya juga, bertambahlah nikmatnya kalau ada 'feedback' daripada pembaca saya yang sangat suka pada semua karya-karya saya. Baginya, semua karya saya menepati cita rasanya. Atau mungkin, dia sangat memahami cara saya dan teruja dengan apa-apa saja yang saya tulis! Aduhai... yang tu memang kelas maa!
Dari masa ke masa, memang itulah yang saya terima. Memang ada pembaca-pembaca saya yang sangat memahami hati saya. Walaupun saya menulis cerita 'jiwang', namun jiwang saya tertumpu juga pada jalan cerita keluarga. Kadang-kadang agak berat sikit kisah keluarganya. Maklumlah kita manusia, siapa yang tak berkeluarga? Jadi... keluarga ni mempunyai banyak kisah dan cerita. Ada-ada saja. Lagipun, saya ni tidaklah muda, jadi bertambah banyaklah kisah keluarga yang ingin saya kongsi sama. Bukan kisah keluarga saya, tetapi macam-macam keluarga yang ada di dunia ni.
Bagi saya, semua orang tu kalau bercinta, tujuannya satu. Mahu berkahwin. Itulah arahnya. Orang Malaysia ni, jarang-jarang kita dengar sekadar bercinta dan tidak mahu ke mana-mana. Bukan tak ada, memang ada, cuma tak banyaklah. Buat penat aje kalau bercinta tapi tak jadi kahwin atau tak mahu kahwin! Tetapi memang ada orang suka bercinta, tetapi takut nak kahwin. Katanya kalau kahwin, akan hilanglah rasa cinta. Huhu... mana ada, beb! Saya okey je, alhamdulillah, masih boleh bercinta terus-terusan.











Tiada ulasan:
Catat Ulasan